Ahad, 11 Mac 2012

Sedekah

☀SEDEKAH☀

Bersedekah Menghapuskan Dosa dan Penyakit.Orang yang di uji dengan sakit, hendaklah berusaha mengubati penyakitnya itu. Salah satu dari caranya adalah dengan memberi sedekah.

Rasulullah s.a.w telah bersabda :
”Ubatikanlah orang sakit di antara kamu dengan sedekah”.

Manusia yang hidup sering melakukan kesalahan dan dosa.
Allah s.w.t menyediakan berbagai laluan kepada hambanya untuk penghapusan dosa, antaranya bersedekah.

Sabda rasulullah s.a.w :
”Bersedekahlah kamu sekalian, meskipun dengan hanya sebiji tamar, sesungguhnya sedekah itu dapat memenuhi keperluan orang yang lapar dan menghapuskan kesalahan, sebagaimana air dapat memadamkan api”.

Jelasnya, orang-orang yang bermurah hati membelanjakan hartanya pada jalan Allah s.w.t. iaitu meliputi segala jenis kebajikan umum akan di balas oleh Allah s.w.t dengan pahala tujuh ratus kali ganda, asalkan sedekah atau derma dan khairat itu di berikan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata.

GANJARANNYA.... :
Sedekah itu ada 10 kepujian.... 5 di dunia dan 5 di akhirat.

DI DUNIA....
- Mencucikan hartanya
- Mencucikan badannya
- Menolak bala dan penyakit
- Menggembirakan orang miskin dan mengembirakan orang mukmin adalah semulia-mulia amal .
- Berkat hartanya dan diluaskan Allah rezekinya .

DI AKHIRAT......
- Di naungkan Allah s.w.t orang yang bersedekah di hari Qiamat ketika sangat panas
- Ringan hisabnya
- Berat timbangannya (amalan) di akhirat
- Mudah melalui titian Siratal-Mustaqim
- Bertambah darjatnya di dalam syurga

Semoga Bermanafaat

0 ulasan:

Catat Ulasan