Peringatan Diri

..
  • Utama
  • Facebook
  • Info Kesihatan

Rabu, 23 Mei 2012

Tiga Wasiat Orang Soleh

By Peringatan Diri 6:08 PTG Tiga Wasiat Orang Soleh No comments

Tiga Wasiat Orang Soleh Untuk Sahabatnya
Orang mukmin sentiasa dalam hidupnya suka memberi nasihat yang baik dan nasihat menasihati kepada kebenaran dan nasihat menasihati supaya tetap bersabar di atas segala dugaan di dunia ini. Dengan terbinanya ikatan ukhuwah dan kasih sayang maka lahirla...h persaudaraan kerana Allah semata-mata.
Aun bin Abdullah berkata: "Dahulu orang-orang soleh menulis surat kepada sahabatnya tiga kalimat;
Pertama : Siapa yang beramal untuk akhirat, maka Allah mencukupi segala urusan dunianya.
Kedua : Dan siapa yang memperbaiki niatnya, maka Allah akan memperbaiki zahirnya.
Ketiga : Dan sesiapa yang memperbaikki hubungannya dengan Allah, maka Allah akan memperbaiki hubungannya dengan sesama manusia."
Huraiannya :
Pertama : Siapa yang beramal untuk akhirat, maka Allah mencukupi segala urusan dunianya.
Orang yang mengutamakan kehidupan akhirat iaitu yang menjauhkan diri daripada perbuatan dosa dan maksiat, beribadah bersungguh-sungguh dan beramal soleh akan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Sebaliknya pula sesiapa yang mengutamakan kehidupan duniawi (tidak kira halal atau haram) dengan melakukan perbuatan yang maksiat dan melanggar perintah Allah SWT maka dia akan rugi kedua-duannya sekali iaitu di dunia dan akhirat. Hidup di dunia akan dibenci kerana akhlaknya yg buruk dan tidak amanah dan diakhirat dia akan dimasukkan ke dalam Neraka Jahanam kerana dosa-dosanya samaada dosa kepada Allah SWT ataupun dosa sesama manusia.
Firman Allah SWT dalam surah al-Israk ayat 18-20, maksudnya : "Siapa yang menghendaki kehidupan sekarang (duniawi), maka Kami segerakan baginya di (dunia) ini apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami kehendaki. Kemudian Kami sediakan baginya (di akhirat) Neraka Jahanam; dia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir.(18). Dan siapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh, sedang dia beriman, maka mereka itulah orang yang usahanya dibalas dengan baik. (19). Kepada masing-masing (golongan), baik (golongan) ini (yang menginginkan dunia) maupun (golongan) itu (yang menginginkan akhirat). Kami berikan bantuan dari kemurahan Tuhanmu. Dan kemurahan Tuhanmu tidak dapat dihalang. (20)."
Abu Hurairah berkata: Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: "Akan keluar pada akhir zaman suatu kaum (golongan) yang mencari dunia dengan menjual agama, memakai pakaian bulu domba, lidah mereka lebih manis dari madu sedang hati mereka bagaikan serigala. Allah akan berfirman kepada mereka: 'Apakah terhadapKu mereka bermain-main dan melawan, dengan kebesaran-Ku, Aku bersumpah akan menurunkan kepada mereka fitnah ujian bala sehingga seorang yang berakal tenang akan bingung '." (Hadis Riwayat Tarmizi)
Kedua : Dan siapa yang memperbaiki niatnya, maka Allah akan memperbaiki zahirnya.
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Niat sesaorang mukmin lebih baik dari amal perbuatannya”
Oleh sebab itu, niat itu mendapat pahala tanpa amal, sedangkan amal tanpa niat tidak ada pahalanya.
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan.." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ulama telah bersepakat mengatakan bahwa setiap amalan yang dilakukan oleh mukmin yang mukallaf tidak dikira dari sudut syarak dan tidak diberi pahala dengan hanya melakukannya kecuali disertai dengan niat. Niat adalah salah satu daripada rukun di dalam ibadat langsung (al-‘ibadatul maqshudah) seperti solat, haji dan puasa. Ibadat-ibadat tersebut dikira tidak sah kecuali apabila dilakukan dengan niat.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:”Apabila dua orang muslim berbunuh-bunuhan dengan pedang maka pihak yang membunuh dan yang terbunuh kedua-duanya masuk neraka. Abu Bakrah bertanya, “Wahai Rasulullah, orang yang membunuh memanglah masuk neraka tetapi bagaimana orang yang terbunuh pun masuk neraka?” Jawab baginda, 'kerana ia berniat dengan bersungguh-sungguh hendak membunuh lawannya '.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )
Sabda Nabi SAW. yang bermaksud, "Seorang hamba yang dikurniakan Allah ilmu dan niat yang ikhlas, ia berkata, 'Seandainya aku memiliki harta, nescaya aku akan beramal sebagaimana yang diperbuat oleh si polan (golongan yang diberikah harta dan ilmu).' Dengan niatnya tersebut, maka pahala kedua-dua hamba ini sama."
(Hadis Riwayat Tirmizi).
Nabi SAW bersabda maksudnya : ” Seorang hamba dihadapkan pada hari kiamat membawa hasanah sebesar bukit, lalu ada seruan; 'Siapa yang pernah di aniaya oleh Fulan boleh datang untuk dibayar. Maka datanglah beberapa orang lalu mengambil bahagiannya sehingga tiada tinggal satu pun dari hasanah yang banyak itu, sehingga hamba itu menjadi bingung, lalu Tuhan berkata kepadanya: 'Untuk mu ada simpanan pada Ku yang tidak Aku perlihatkan kepada malaikat atau seorang pun dari makhluk Ku.' lalu ia bertanya: 'Apakah itu.' Jawab Tuhan: Ia itu NIAT mu, yang kau selalu niat akan berbuat kebaikkan, Aku tulis untuk mu berlipat ganda, tujuh puluh lipat ganda.”
Ketiga : Dan sesiapa yang memperbaiki hubungannya dengan Allah, maka Allah akan memperbaikki hubungannya dengan sesama manusia."
Allah Ta’ala berfirman,
وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ
“Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya.” (Surah At-Talaq ayat 3)
Barangsiapa yang menyandarkan urusannya pada Allah, hanya menyandarkan kepada Allah semata, ia pun mengakui bahawa tidak ada yang boleh mendatangkan kebaikan dan menghilangkan bahaya selain Allah, maka sebagaimana dalam ayat dikatakan, “Allah-lah yang akan mencukupinya.” Iaitu Allah menyelamatkannya dari berbagai bahaya. Kerana yang namanya balasan sesuai dengan amal perbuatan. Ketika seseorang bertawakal pada Allah dengan sebenar-benarnya tawakal, Allah pun membalasnya dengan mencukupinya, iaitu memudahkan urusannya. Allah yang akan memudahkan urusannya dan tidak menyandarkan pada selain-Nya. Inilah sebesar-besarnya erti tawakkal.
Apabila seorang muslim itu menjaga hubungannya dengan Allah SWT iaitu bertawakal dan menjaga ibadahnya yang fardu, beramal soleh, meninggalkan larangan Allah SWT dan mengerjakan suruhan-Nya maka Dia akan mencampakkan hati muslim itu dengan ketenangan, kegembiraan dan kebahagiaan dan dihiasi dengan akhlak yang mulia. Apabila Dia mengasihi hamba-Nya tadi maka manusia lain juga akan turun mengasihinya. Ini adalah anugrah Allah SWT. kepada orang-orang yang beriman.
Semua hukum-hakam dan syariat Allah SWT adalah untuk kemaslahatan umat manusia seluruhnya apabila seorang muslim mematuhi syariat-Nya dan menjaga hubungan denganAllah SWT maka kebaikan yang akan diperolehi adalah manusia lain akan mendapat berkat dan rahmat daripada kebaikan tersebut. Secara tidak langsung akan terjalin hubungan yang baik sesama manusia.

E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke Facebook
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

0 ulasan:

Catat Ulasan




Terkini

  • Minyak Kelapa Dara BioVCO - Virgin Coconut Oil
    Tonsil Bengkak: Apa yang Perlu Anda Tahu?
  • Info Terkini
    Hati Seorang Ayah
  • Peringatan Diri
    3 Perkara yang Membinasakan
  • Info Kesihatan
    Bahana kolesterol tinggi
  • TESTIMONI Pengguna Produk BioVCO



Bengkak Kerana TiROID?

  • Kisah keajaiban shalawat nabi
    Nasihat Rasulullah kepada wanita » 20 Amalan Murah Rezeki :  Inilah Amal Pembuka Pintu Rezeki Amalan-amalan ini me...
  • Kisah Ujian Istri yang Sabar
    Saudaraku…. Allah Yang Maha Mulia, Maha Halus dan Maha Penyayang pada hamba-hamba-Nya yang selalu bersabar atas takdir, terutama t...
  • 7 Kalimat Dipandang Mulia di Sisi Allah dan Malaikat
    7 Kalimat : Dipandang Mulia di Sisi Allah dan Malaikat : Sabda Rasulullah S.A.W : " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpand...
  • Didedikasikan Bagi Sahabat² Yang Berusia 53 Tahun Ke Atas.
    Kalau kita dapat hidup hingga 70 tahun, itu maknanya hanya tinggal sekitar 17 tahun lagi. Kerana pada hari² yang tersisa ini ada waktu2n...
  • Mudahnya Wanita Mendapat Pahala dan Syurga
    Dalam sesebuah rumah tangga, dua peranan utama yang sewajarnya dimainkan oleh seseorang wanita iaitu sebagai isteri dan ibu. Seorang is...
  • Suara Hati Seorang Istri Saat Suami Ingin Menikah Lagi
    Terasa dunia akan runtuh ketika kau meminta izin kepadaku untuk menikah lagi. Membayangkan kau, suamiku tersayang, sedang membagi cinta, p...
  • Hukum Wanita Memakai Lonceng Kaki Adalah Haram
    Setiap Muslim dan Muslimah hendaklah menjaga tata cara pergaulan dan pemakaian apabila berhubung dengan bukan mahram seperti di tempa...
  • Tiga Wasiat Orang Soleh
    Tiga Wasiat Orang Soleh Untuk Sahabatnya Orang mukmin sentiasa dalam hidupnya suka memberi nasihat yang baik dan nasihat menasihati...
  • Hebatnya Kuasa Istighfar!
    Astaghfirullahaladzim… Ungkapan yang amat mudah, tetapi untuk melazimi dalam menuturkannya amat sukar.  Ini adalah ungkapan paling ker...
  • Kehebatan Sabar dan Syukur
    KEHIDUPAN  orang beriman (mukmin/muslim) yang sungguh-sungguh dengan keimanannya akan senantiasa mengandung kebaikan. Susah dan senang s...

Follow on Facebook

Dikuasakan oleh Blogger.

Blog Archive

  • ►  2020 (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
  • ►  2019 (21)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (18)
  • ►  2018 (5)
    • ►  Ogos (5)
  • ►  2017 (1)
    • ►  Disember (1)
  • ►  2015 (2)
    • ►  April (2)
  • ▼  2012 (182)
    • ▼  Mei (39)
      • Berkahwin atau tidak anda perlu baca
      • Renungan bersama
      • Ketika hati muslim terluka
      • Mujahiddah Solehah
      • Buat Renungan Bersama
      • Enam pesanan khusus untuk wanita
      • Qarin adalah jin
      • Kisah Di Negeri Orang
      • Menjadi Tunang Orang Tanpa Kita Sedar
      • 10 JENIS TANGISAN
      • Anak perempuan
      • 13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita
      • Setiap hamba ALLAH
      • Hikmah 13 Dalam Solat
      • Kisah keajaiban shalawat nabi
      • Hukum Wanita Memakai Lonceng Kaki Adalah Haram
      • Perempuan
      • Kisah Ujian Istri yang Sabar
      • Mudahnya Wanita Mendapat Pahala dan Syurga
      • Tutur Kata dan Perangai yang Menyenangkan
      • Air mata
      • Silapnya seorang wanita
      • Kala Cinta Hadir Dihati Setiap Insan
      • Tiga Wasiat Orang Soleh
      • Dosa
      • Sombong
      • 7 Kalimat Dipandang Mulia di Sisi Allah dan Malaikat
      • Orang yang paling SEDIH
      • Wanita perkasa ibu empat syuhada
      • Wanita perkasa ibu empat syuhada
      • 9 Sebab-sebab Hati Tidak Bahagia
      • Sabar
      • Kelebihan bulan Rajab
      • Keruntuhan ahlak masyarkat dewasa ini
      • Zakat
      • Formula mengubati mulut celupar dari Rasulullah. SA.W
      • Bergantung pd sape kite
      • Hukum kawat behel dan gigi palsu
      • Tanda - tanda awal kanser
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (142)
  • Info Kesihatan
    Ekzema berjangkit ke?
    6 tahun yang lalu
  • Teknik IM
    RAHSIA dan Tip menulis di POST di Blog
    10 tahun yang lalu

tracker

BioVCO.com
Blog BioVCO.com
My BioVCO.com
Maynetwork
Rawatan Tiroid
Info Kesihatan 1
Info Kesihatan 2
Berita Politik
Motivasi Iman
BioVCO Groups
Facebook BioVCO Groups
Twitter BioVCO
Instagram BioVCO

Info Kesihatan 3
Blog BioVCO
Info Kesihatan 4
Info Terkini
BioVCO 9
Tip Sihat
Ct Ida Blog
Info Kesihatan 5
Info Terkini 4U
Info Terkini 2U
My Busines 2U
Md Johari
Kesihatan Diri
Madu Tualang
Al Falah N9
Maynetwork Blog
BioVCO 2U
Marketing Tips
PAS BSP
Peringatan 2U
Azuwanis
Tip Kereta
Tiroid 4U
My BioVCO
Acacia Bandar Seri Putra
  • Air mata
  • Syurga
  • Allah juga merancang
  • Cinta ALLAH
  • Hati Yang Gelisah
  • Hati bersih
  • Ikhwan
  • Jiwa akan tenang
  • Jiwa dan Hati
  • Kelebihan bulan Rajab
  • Malu
  • Rahsia Dan Nikmat Sabar
  • Renungan bersama
  • Roh
  • Sabar
  • Sabar dan Syukur
  • Tidak mudah tapi akan terasa indah
  • Tiga Wasiat Orang Soleh
  • Yang baik dari ALLAH
  • Zakat
  • ahli syurga
  • al quran
  • mensyukuri nikmat
  • sopan santunmu
  • takut mati
  • wahai wanita solehah
  • waktu

Facebook

Popular Posts

  • 2 Kegembiraan Bagi Orang Yang Berpuasa
    "Bagi orang yang berpuasa, ada dua kegembiraan; yakni kegembiraan ketika ia berbuka dan kegembiraan ketika ia berjumpa dengan Rabbny...
  • Didedikasikan Bagi Sahabat² Yang Berusia 53 Tahun Ke Atas.
    Kalau kita dapat hidup hingga 70 tahun, itu maknanya hanya tinggal sekitar 17 tahun lagi. Kerana pada hari² yang tersisa ini ada waktu2n...
  • Kisah Keajaiban Sedekah
    Diriwayatkan suatu hari ada seorang pengemis mengetuk pintu rumah Rasulullah Sholallahu 'Alaihi Wasallam.. Pengemis itu berkata : ...
  • Kamu Tidak Akan Boleh Menjadi Nombor Satu
    Dulu, kini, dan di masa akan datang, kita tetap orang yang sama; orang yang masih selalu berharap, orang yang masih selalu mencari orang ...
  • 10 Sholat Yang Ditolak
    Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk da...
  • Kehebatan Sabar dan Syukur
    KEHIDUPAN  orang beriman (mukmin/muslim) yang sungguh-sungguh dengan keimanannya akan senantiasa mengandung kebaikan. Susah dan senang s...
  • Ikhlas Jauh Daripada Sifat Riyak
    Dr Nurkhamimi Zainuddin Adakah sama kualiti ibadat kita ketika bersendirian dan ketika berada di hadapan orang? Mohonlah petunjuk dan bi...
  • Riak Jadikan Ibadah Tiada Nilai
    Ibadah adalah suatu yang amat tinggi nilai harganya. Ia dikira bukan sekadar sahnya sahaja, malah dari sudut mabrur dan khusyuk, seterusn...
  • Formula mengubati mulut celupar dari Rasulullah. SA.W
    Adakah anda pernah terfikir dan sedar anda bermulut celupar?  Sedarkah anda apabila kita berbicara, tanpa disedari kita telah meng...
  • Kisah keajaiban shalawat nabi
    Nasihat Rasulullah kepada wanita » 20 Amalan Murah Rezeki :  Inilah Amal Pembuka Pintu Rezeki Amalan-amalan ini me...
Langgan melalui Email

Dapatkan Info terkini terus ke email anda. ;-)

Email anda selamat disini!

 
  • Follow US on Google+

    .FB Groups 3 Teknik IM

    Teknik IM
    Info Kesihatan
    Peringatan Diri
    Motivasi Diri
    Cabaran Kejayaan
    Penapis Air
    Kelulut Honey
    Susu Ibu
    Kulit Putih
    Info Susu Ibu
    Resepi Ibu & Anak
    Pakaian Muslimah
    Kuruskan Badan
    Tips Anak Bijak
    Izara Clothing
    Ibu Terhebat
    Bebas Bau Badan
    Tips Kesihatan Wanita
    Ringgit Semasa
    Tips Bisnes Berjaya
    Sabina Aziz


Copyright © Peringatan Diri | Designed by Templateism