Suatu hari Anas bin Malik r.a. serta ramai para sahabat yang lain duduk di sisi Rasulullah saw, tiba2 mereka melihat Rasulullah tersenyum.. Anas merasa hairan apabila Rasulullah saw tiba2 tersenyum gembira sehingga kelihatan gigi, lalu Anas bertanya:- "Apakah yang menyebabkan Rasulullah tersenyum gembira??" "Yang menyebabkan aku tersenyum kerana ada 2 orang di kalangan umatku di akhirat, keduanya merangkak di hadapan Allah SWT kerana minta diselesaikan kes yang melibatkan antara keduanya." "Seorang daripadanya merayu kepada Allah swt: Wahai Tuhan, tolong balaslah terhadap orang ini, sesungguhnya dia sangat zalim dan telah menzalimi aku semasa di dunia dahulu, dengan berbagai2 perbuatan zalim. Lalu Allah SWT memerintahkan orang yang zalim itu membayar gantirugi, sebagai jalan penyelesaian untuk kes mereka berdua, tetapi orang yang zalim itu tidak dapat berbuat demikian, kerana tiada suatupun yang boleh untuk membayar kepada orang yang menuntut itu. Orang yang berbuat zalim itu berkata: Dengan apakah aku hendak membayarnya, sedangkan tiada suatupun kebaikan yang tinggal padaku, kesemuanya telah habis ditunntut oleh orang lain. Ketika itu orang yang kena zalim itu meminta agar orang yang zalim itu mengambil kejahatan dan dosa yang ada pada dirinya. Pada ketika itu Rasullah menitiskan air mata, Nabi menangis mengingati peristiwa Mahkamah Allah ang mendengar kes pengaduan kedua2 umatnya yang sangat menyayat hati. Lelaki yang melakukan kezaliman itu ingin membayar tuntutan tersebut, tetapi tidak terdaya kerana sudah tidak ada apa-apa yang tinggal untuk dirinya. " Jelas Nabi kepada Anas Lalu Rasulullah pun bersabda: "Sesungguhnya itulah suatu hari yang sangat dahsyat, sehingga sampai ke suatu peringkat manusia mencari orang lain untuk memikul dosanya". Ketika seorang dari dua orang yang berbalah di Mahsyar menuntut agar dosa mereka dipikul oleh orang yang menzaliminya, maka ketika itu Allah swt memperlihatkan sebuah mahligai tersergam di dalam jannah: "Tidakkah kamu melihat mahligai itu?" Ujar Tuhan kepada manusia yang sedang menuntut keadilan dari Tuhan terhadap taulannya. "Ya, saya nampak sebuah mahligai yang diperbuat dari emas dalam sebuah taman dari perak, untuk siapakah itu wahai Tuhan? Mungkinkah untuk nabi2 ataua syuhada atau mungkin juga untuk golongan siddiqin?" Ujar orang itu "Mahligai itu untuk siapa sahaja asalkan mereka sanggup membayar harganya" Jelas Tuhan "Jika demikian adalah mustahil saya dapat memiliknya, kerana saya tidak punya apa di sini untuk membayar harga mahligai emas" ujar manusia itu "Justeru kamu masih berpeluang memilikinya, kerana kamu masih memiliki barang bernilai yang dapat membayar harga mahligai itu". "Bagaimana caranya?" tanya orang itu kepada Tuhan penuh kehairanan. "Iaitu sekiranya kamu sedia memaafkan rakan kamu dan tidak menuntutnya agar dia memikul dosamu" Tuhan menjelaskannya. Dengan melompat kegembiraan orang itu berkata, "Wahai Tuhanku, kalau begitu aku segera memaafkan dia, terhadap apa-apa jua kezaliman yang telah dilakukan kepada saya " Ujar manusia itu dengan perasaan gembira yg tak terhingga. Lalu Allah SWT memerintah malaikat agar membawa orang itu ke dalam mahligai yang terbina di sebuah jannah dari perak, kemudian Tuhan mengizinkan orang itu membawa bersama taulannya memasuki syurga itu. Demikian Rasulullah SAW menceritakan kepada Anas bin Malik r.a. suatu peristiwa di akhirat bagaimana dua orang cuba menyelamatkan diri di hari yang tiad pertolongan kecuali pertolongan Allah. Satu kemaafan yang dapat menyelamatkan dirinya dan juga rakannya dari sengsara mahsyar. Justeru itu alangkah baiknya jika manusia memahami betapa perlunya seseorang itu mempunyai sifat toleransi dan pemaaf terhadap sesama manusia kerana sifat pemaaf itu akan mendatangkan kebajikan kepada dirinya dan juga orang yang diberi kemaafan. Memaafkan orang lain dari kesalahan yang dlakukan terhadap dirinya, bererti menolong saudaranya dari beban dosa, sifat itu menjadi saluran rahmat Allah terhadap dirinya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW "Sesungguhnya Allah Taala tidak menyayangi kecuali kepada hambaNya yang penyayang, tidak mengampun kecuali terhadap hambaNya yang pengampun dan tidak menerima taubat kecuali terhadap HambaNya yang sanggup memaafkan kesalahan saudaranya" [Petikan Bab 43 - Buku Insan, Ingatlah! - tulisan Nik Abdul Aziz bin Nik Mat]
0 ulasan:
Catat Ulasan