Ahad, 11 Mac 2012

Perpisahan kehilangan kematian



Andai aku pergi dulu sebelum mu, sapuhlah air mata dan teguhkanlah jiwa. Kita yang masih hidup perlu menyambung perjuangannya.
Tidak mengapa bersedihlah seketika.....
Itu fitrah jiwa....
Namun sederhanalah kerana esok kau mesti bangkit semula....
Katakan pada diri, ya… kau telah pergi, pergi bersama doa ku.
Kau tunggu di sana, pasti aku akan menyusul nanti....!

Andai aku pergi dulu sebelum mu, walau pun dia tidak akan kembali lagi, tetapi itu akhir pertemuan. Dulu kita bertemu untuk berpisah. Kini kita berpisah untuk bertemu.

Andai aku pergi dulu sebelum mu, sibuklah diri mu.
Beribadahlah sehingga kau letih untuk melupa sedihmu. Gembirakanlah hati mu dengan menggembirakan orang lain. Carilah peluang kebajikan dan kebaikan yang bertaburan.
Bila sesekali kesedihan datang tanpa di undang, berwuduk dan bacalah Al Quran.
Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu satu kerehatan.
Begitulah setiap kali Rasulullah s.a.w bila terasa gundah…
di adukan kesedihan kepada Allah s.w.t.

Andai aku pergi dulu sebelum mu...
Bisikan ke dalam hati mu yang paling dalam....
Dia bukan milik ku. Dan aku pun bukan milikmu....
Pemilik sebenar kita ialah Al Malik.
DIAlah yang memiliki dan menguasai segala-galanya.
Pada kita hanya amanah, sampai masanya terpaksa di serah.
Jangan ada rasa di miliki, dan jangan ada rasa memiliki.
Bila terasa sepi, jangan katakan aku sepi…
Tapi katakan pada dirimu...Aku sentiasa ada pemerhati....

Ampunilah dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH……
الله أكبر
الله أكبر
الله أكبر
آمِيّنْ..آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَ رَ بَّلْ عَلَمِيّنْ

0 ulasan:

Catat Ulasan