Rabu, 21 Mac 2012

Manusia penuh noda

Apa yang terkadang kita lupa?Terkadang kita berlagak suci sampaikan kita terlupa yang kita juga manusia penuh noda.Sibuk nak mengutuk mengata orang tanpa cermin dulu siapa kita.Kalau untuk kebaikan,alhamdulillah...tapi kalau sampai menjatuhkan maruah dan martabat seseorang,rasanya ada sesuatu yang kita lupa di situ,cuba fikir-fikirkan. Berbuat baik itu perlu dan mengajak kearah kebaikan juga perlu bahkan mulia serta tinggi kedudukannya.Tapi terkadang kita tak sedar riak menguasai diri.Nak buat baik,perlukah cerita satu dunia?Hebohkan cerita yang kita nak buat sesuatu amal untuk membuatkan orang nampak diri kita ni mulia?Hanya Allah yang tahu menilai hati manusia,kerana hati itu tempat jatuhnya pandangan Ilahi bukan? Berbuat baik,janganlah pula disulami dengan ujub.Biasanya kalau dah ujub tu mestilah ada riak juga.Bukankah itu sia-sia?orang dah cukup cerdik nak menilai perbuatan kita.Kalaulah di mata kita itu semua orang jahil untuk menilai,jangan pula kita lupa yang Allah SWT itu adil dan bijaksana.Jangan nanti kerana mulut yang terlalu membanggakan diri sendiri,orang lain bisa menghakimi diri kita tak seperti yang kita jangka.Mengaibkan diri sendiri?Na'uzubillah...

0 ulasan:

Catat Ulasan