Sabtu, 2 Mei 2020

Kisah Keajaiban Sedekah

Diriwayatkan suatu hari ada seorang pengemis mengetuk pintu rumah Rasulullah Sholallahu 'Alaihi Wasallam..

Pengemis itu berkata : " Saya pengemis ingin meminta sedekah dari Rasulullah."

Rasulullah bersabda: " Wahai Aisyah berikan baju itu kepada pengemis itu".

Sayyidah Aisyah pun melaksanakan perintah Nabi..

Dengan hati yang sangat gembira, pengemis itu menerima pemberian beliau, dan langsung pergi ke pasar serta berseru di keramaian orang di pasar :
" Siapa yang mau membeli baju Rasulullah ? ".

Maka dengan cepat berkumpullah orang-orang, dan semua ingin membelinya.

Kemudian ada seorang kaya namun buta yang mendengar seruan tersebut, lalu menyuruh budaknya agar membelinya dengan harga berapa pun yang diminta, dan ia berkata kepada budaknya :
 “ jika kamu berhasil mendapatkannya, maka kamu merdeka ”.

Akhirnya budak itupun berhasil mendapatkannya. Kemudian diserahkanlah baju itu pada tuannya yang buta tadi.

Alangkah gembiranya si buta tersebut, dengan memegang baju Rasulullah itu, orang buta tersebut kemudian berdoa dan berkata :
“ Yaa Rabb dengan hak Rasulullah dan berkat baju yg suci ini, kembalikanlah pandanganku.."

Masyaa Allah..
dengan izin Allah, spontan orang tersebut dapat melihat kembali.

Keesokan harinya, iapun pergi menghadap Rasulullah dengan penuh gembira dan berkata : " Wahai Rasulullah.. pandanganku sudah kembali dan aku kembalikan baju anda sebagai hadiah dariku.."

Sebelumnya orang itu menceritakan kejadiannya sehingga Rasulullah pun tertawa hingga nampak gigi gerahamnya, padahal biasanya Rasulullah jarang sekali tertawa..

Kemudian Rasulullah bersabda kepada Sayyidah Aisyah : " Perhatikanlah baju itu wahai Aisyah, dengan izin dan berkahNya, ia telah mengkayakan orang yang miskin, menyembuhkan yang buta, memerdekakan budak dan kembali lagi kepada kita."

Masya Allah..

Al-Imam As-Suyuti menyebutkan dalam salah satu kitabnya bahawa pahala sedekah itu ada 5 macam :


أَنَّ ثَوَابَ الصَّدَقَةِ خَمْسَةُ أَنْوَاعٍ :  وَاحِدَةٌ بِعَشْرَةٍ وَهِيَ عَلَى صَحِيْحِ الْجِسْمِ ، وَوَاحِدَةٌ بِتِسْعِيْنَ وَهِيَ عَلَى الْأَعْمَى وَالْمُبْتَلَى ، وَوَاحِدَةٌ بِتِسْعِمِائَةٍ وَهِيَ عَلَى ذِي قَرَابَةٍ مُحْتَاجٍ ، وَوَاحِدَةٌ بِمِائَةِ أَلْفٍ وَهِيَ عَلَى الْأَبَوَيْنِ ، وَوَاحِدَةٌ بِتِسْعِمِائَةِ أَلْفٍ وَهِيَ عَلَى عَالِمٍ أَوْ فَقِيْهٍ اهـ

(كتاب بغية المسترشدين)

" Sesungguhnya pahala bersedekah itu ada lima kategori :"

1) Satu di balas sepuluh (1:10) iaitu bersedekah kepada orang yang sihat jasmani.

2) Satu di balas sembilan puluh (1:90) iaitu bersedekah terhadap orang buta, orang cacat atau tertimpa musibah, termasuk anak yatim dan piatu.

3) Satu di balas sembilan ratus (1:900) iaitu bersedekah kepada kerabat yang sangat memerlukan.

4) Satu di balas seratus ribu (1: 100,000) iaitu sedekah kepada kedua orang tua.

5) Satu di balas sembilan ratus ribu (1 : 900,000) iaitu bersedekah kepada orang yang alim atau ahli fiqih.

Kitab Bughyatul Musytarsyidin.


سبحانالله...
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﷺ

Semoga kita dapat mengamalkan apalagi dibulan  penuh berkah dan dilipatgandakan amal kebaikan.

Semoga bermanfaat..

Allahu..

Shollu alaihi..

Baca Lagi...

Jumaat, 1 Mei 2020

Ikhlas Jauh Daripada Sifat Riyak

Dr Nurkhamimi Zainuddin

Adakah sama kualiti ibadat kita ketika bersendirian dan ketika berada di hadapan orang? Mohonlah petunjuk dan bimbingan daripada Allah SWT supaya kita termasuk dalam golongan beriman dan beramal dengan penuh keikhlasan.

Ikhlas bermaksud melakukan sesuatu amalan atau kebajikan untuk mendapat reda Allah SWT semata-mata. Sifat itu menjadi syarat Allah SWT menerima ibadat yang kita lakukan.

Untuk mendapatkan keikhlasan memerlukan hati yang bersih. Antaranya, memperbanyakkan zikir; mengingatkan diri tentang keikhlasan, tidak bergantung kepada makhluk, mengagungkan Allah SWT dan istiqamah melakukan ibadat.

Amalan yang dilihat besar nilainya di mata manusia belum tentu mempunyai nilai di sisi Allah SWT, tanpa keikhlasan.

Imam al-Ghazali menyatakan dalam kitab Ihya’ ‘Ulum al-Din; “Setiap manusia akan binasa kecuali orang yang berilmu, dan orang yang berilmu akan binasa kecuali yang beramal dengan ilmunya, dan orang yang beramal juga binasa kecuali yang ikhlas dalam amalannya.”

Ikhlas itu letaknya di hati. Ia menjadi dasar penilaian Allah SWT terhadap amalan hamba-hamba-Nya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat kepada rupa dan harta kamu, tetapi Allah SWT melihat kepada hati dan amalan kamu."

Ikhlas menjadi keutamaan dan kunci ketaatan seorang mukmin kerana:

1. Ikhlas adalah perintah daripada Allah SWT. Firman-Nya dalam Surah az-Zumar, ayat 11 bermaksud: Katakanlah lagi wahai Muhammad: “Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah SWT dengan mengikhlaskan segala ibadat kepada-Nya.”

2. Ikhlas menjadi syarat ibadat diterima Allah SWT. Firman-Nya dalam Surah Ghafir, ayat 14 bermaksud: “Oleh itu, maka sembahlah Allah SWT dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, sekalipun orang kafir tidak menyukai amalan kamu itu.”

3. Ikhlas adalah tanda keimanan yang memberikan ketenangan. Allah SWT berfirman dalam Surah al-Fath, ayat 18 bermaksud: “Demi sesungguhnya! Allah SWT reda akan orang yang beriman, ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (Wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang termaklum di Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia diketahui-Nya tentang (kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam hati mereka, lalu Dia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka, dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya.”

4. Ikhlas menjauhkan daripada sifat riyak (menunjuk-nunjuk). Hati orang yang ikhlas tidak menunjuk-nunjuk ketika melakukan kebaikan.

5. Ikhlas menjauhkan sifat munafik. Hati yang ikhlas melahirkan akhlak yang sebenar.

Bagaimanapun, kebanyakan kita meremehkan sifat ikhlas. Kemungkinan ia sangat sulit dilakukan kerana untuk bersikap ikhlas, seseorang perlu menyingkirkan sifat angkuh dalam dirinya.

Begitu juga dengan sifat riyak. Seorang Muslim yang mampu menjalani ibadat dengan ikhlas dijanjikan pelbagai keutamaan oleh Allah SWT.

Beberapa tanda keikhlasan dapat dilihat jika seseorang merasa takut melanggar perintah Allah SWT atau dia melakukan sesuatu kebajikan secara diam tanpa menghebahkan kepada orang lain.

Penulis Dekan, Fakulti Pengajian Bahasa Utama Universiti Sains Islam Malaysia

Baca Lagi...

Rabu, 29 April 2020

Kamu Tidak Akan Boleh Menjadi Nombor Satu

Dulu, kini, dan di masa akan datang, kita tetap orang yang sama; orang yang masih selalu berharap, orang yang masih selalu mencari orang lain sebagai penyempurna, orang yang masih selalu ingin mendapat sokongan, dalam perkara kecil mahupun besar.

Bukankah sebagai manusia, jelas. Kita perlukan harapan untuk tetap bertahan hidup. Berharap adalah pekerjaan yang tidak pernah kita tinggalkan.

Tapi ada satu hal yang jarang sekali kita sedari. Selain harapan, kita semua punya peluang.

Peluang apa?

Ada sekitar 7.7 bilion manusia ketika ini, dan masing-masing memiliki jumlah peluang yang sama untuk saling bertemu, mengenal, bercengkrama, bersenang-senang, bahkan hidup bersama.

Kerana peluang inilah, kita tidak pernah boleh menjadi nomor satu didalam hidup seseorang. Kita tidak boleh memaksa orang lain untuk selalu meletakkan kita sebagai keutamaan mereka, untuk selalu memperhatikan perasan kita, untuk selalu memedulikan kita. Bahkan orang terdekat kita, tidak boleh. Kerana ternyata, orang tersebut memiliki peluang untuk menemui lebih ramai orang sepanjang hidupnya.

Dia berinteraksi bukan hanya dengan kita seorang, tetapi ramai orang. Dia punya tanggung jawab untuk berbuat baik ke ramai orang, bukan hanya kita seorang.

Maka dari itu, kita harus menjadi layaknya sebuah pohon yang berdiri kokoh dengan akar sendiri, tidak dengan menumpang hidup di pohon lain. 

Kenapa?

Kerana dengan berdiri sendiri lah kita akan terbiasa dengan sifat kesementara manusia. Jika kita ingin selalu menjadi yang nombor satu, maka bersiaplah untuk kecewa.

Ketika ini kita memiliki dua orang tua, sahabat, adik, kakak, dan keluarga yang besar. Walau mempunyai hubungan darah, keutamaan tidak lagi perlu ditanya, tetap saja, kita tidak boleh menjadi yang nomor satu. Bahkan ketika memiliki suami/istri pun, tetap tidak menutup kemungkinan kita akan dinomorduakan atau ditinggalkan.

Ya. Kesetiaan itu ada hujungnya.

Sebagai manusia, hujung kesetiaan itu ada di hari akhir nanti. Ketika diri kita tidak boleh bergantung dan meminta tolong lagi kepada orang lain.

Jadi, kenapa tidak disedari dari sekarang?

Tidak perlu menunggu hari pembalasan nanti untuk tahu bahawa manusia tidak boleh dijadikan tempat berharap nombor satu. Tidak perlu menunggu hari yang kita dipertanggungjawabkan untuk yakin bahawa yang boleh kita jadikan nombor satu dan juga menomorsatukan kita hanyalah Allah.

Tentunya mencapai nombor satu di mata Allah S.W.T harus diusahakan dengan ketaqwaan yang selalu kita tingkatkan..

Namun, bukan berarti ketika kita tahu bahawa berharap kepada manusia seringkali mengecewakan, kita boleh berhenti berbuat baik dan menafikan kebaikan yang diberikan orang lain. Walaupun manusia bukan tempat berharap nombor satu, Allah yakinkan kita untuk tetap mendapat ketenteraman dari manusia lain. Ketenteraman urusan, pekerjaan, hidup, dan lainnya.

Ingatlah Allah, selesaikanlah urusanmu dengan Allah, maka urusanmu dengan manusia juga akan dipermudah olehnya.

Bantulah urusan saudaramu, maka Allah akan membantu urusanmu.

Walaupun kita tidak boleh menomorsatukan manusia dalam pengharapan, ketika kita punya Allah, ia adalah pengharapan tidak pernah mengecewakan.

faramuthiaa
Al Azhar Cairo
Mesir

Baca Lagi...

Didedikasikan Bagi Sahabat² Yang Berusia 53 Tahun Ke Atas.

By 12:37 PG No comments
Kalau kita dapat hidup hingga 70 tahun, itu maknanya hanya tinggal sekitar 17 tahun lagi.
Kerana pada hari² yang tersisa ini ada waktu2nya kita jatuh sakit.

Oleh kerana hari yang tersisa tidak banyak lagi, apatah lagi sewaktu kita meninggalkan dunia ini, apapun juga tidak ada yang dapat dibawa, maka kita tidak usahlah terlalu berhemat.

Wang yang memang harus dikeluarkan keluarkanlah. Apa yang dapat dinikmati, nikmatilah. Jika memiliki niat untuk beramal ibadah, lakukanlah segera.

Tak usah terlalu banyak memikirkan urusan dunia yang akan terjadi setelah kematian.

Kerana saat kita telah di dalam tanah, kita sudah tidak dapat lagi merasakan segala pujian dan kritikan orang lain.

Tak usah terlalu banyak memikirkan urusan anak2. Anak cucu kita mempunyai rezeki mereka masing2.

Setelah mereka mempunyai anak, biarkanlah mereka mengurus sendiri atau menggunakan wang mereka sendiri untuk membayar mengurus anak2 mereka. 

Jangan biarkan mereka merampas lagi hak kesehatan, hak istirehat, hak kesenangan & hak liburan orang tuannya.
  
Jangan terlalu banyak berharap pada anak2 kita. Anak yang berbakti, sememangnya memiliki niat untuk berbakti. 

Tetapi kerana pekerjaannya terlalu sibuk, apalagi jika bekerja di bandar2 besar, maka tidak juga  akan dapat membantu kita.

Apatah lagi anak yang tidak berbakti, sewaktu kita masih hidup saja sudah bikin kita susah.

Anak2 sebegini beranggapan bahwa jika harta kita berikan kepada mereka itu adalah suatu hal yg wajar. Tapi pd masa yg sama, wang mereka bukanlah wang kita. 

Jika kita ingin minta wang kepada mereka dah tentu tidak mudah bukan?

Kita yang berusia 53-63 tahun atau lebih, jangan lagi menukarkan kesehatan kita dengan benda lain.  Kerana pd saat ini, belum tentu kita dapat membeli kesehatan dengan harta benda & wang ringgit kita.
  
Mencari wang sampai bila? 

Dalam sehari, kita hanya dapat makan 3 pinggan saja. Walau pun mungkin kita memiliki banyak rumah, untuk tidur di malam hari kita hanya perlukan ruang tempat sekadar 2 setengah meter saja. Maka cukup makan, cukup wang.... ya sudahlah.
  
Ini yang Lebih Penting! :

Kita harus menjalani sisa hidup ini dengan bahagia serta gembira, meskipun setiap keluarga mem bpunyai problem rumah tangga masing-masing.

Kita jangan lagi berebut nama & kedudukan dengan orang lain, memikirkan bagaimana masa depan anak cucu kita & hal2 lain. 

Tetapi cukup sekadar membandingkan dengan orang lain bahawa siapa antara kita yang hidupnya lebih gembira, lebih bahagia.

Untuk hal yang tidak  mampu kita ubah, janganlah terlalu dicemaskan... kerana cemas juga tidak ada gunanya, malah akan mempengaruhi kesehatan diri kita.

Jika setiap hari berlalu dengan kita mencari kesenangan sendiri, setiap hari kita pasti dapat menjalani hidup ini dengan perasaan gembira.

Berlalunya sehari dlm hidup kita, maka berkuranglah sehari lagi. Bergembiralah sehari, maka untunglah kita sehari lagi.
  
Memiliki semangat yang tinggi maka penyakit dapat disembuhkan, insya Allah. 

Suasana hati yang gembira, olahraga  secukupnya (senam ringan, jalan pagi, berbasikal etc), sering terkena sinar matahari, makan jenis makanan yang berkhasiat (perbanyak sayuran & buahan), menyerap bermacam2 vitamin & sedikit elemen logam yanng seimbang, diharapkan dapat tetap hidup sehat sampai 20, 30 tahun lagi, insya Allah.

(Kiriman dari sahabat, seorang doktor).

Elok jugalah dishare kpd  teman2 seusia.
Baca Lagi...

Isnin, 27 April 2020

2 Kegembiraan Bagi Orang Yang Berpuasa

"Bagi orang yang berpuasa, ada dua kegembiraan; yakni kegembiraan ketika ia berbuka dan kegembiraan ketika ia berjumpa dengan Rabbnya." (HR. Muslim)⁣

Inilah beberapa sebab mengapa kita harus menikmati ramadan dengan bahagia. Iaitu kerana orang berpuasa, bergembira ketika berbuka dan bergembira ketika berjumpa dengan Allah Sang Pencipta.

Bergembira berbuka kerana orang berpuasa telah berhasil menyempurnakan puasanya. Telah berhasil tidak melalaikan puasa dan menahan hawa nafsunya.

Bergembira berbuka kerana kita yakin bahwa akan ada ganjaran dari setiap perjuangan. Bahawa setelah setengah hari kita bersusah payah menahan, pada akhirnya perkara yang membahagiakan pun datang.

Orang berpuasa juga bergembira, kerana suatu saat nanti akan bertemu Allah S.W.T. kerana Allah, yang selalu ada bersama kita disaat suka maupun duka.

Dialah Allah, yang mencintai kita lebih dari siapapun di dunia. Lebih dari keluarga kita dan bahkan lebih dari pasangan kita. Dan tentu kita juga mencintai-Nya.

Maka, tidakkah kita senang luar biasa jika bertemu dengan yang kita cinta?

Semoga kita semua boleh memperolehi kegembiraan orang yang berpuasa. Semoga puasa kita diterima oleh Allah S.W.T.
Baca Lagi...

Ahad, 26 April 2020

Riak Jadikan Ibadah Tiada Nilai

By 9:56 PTG , No comments
Ibadah adalah suatu yang amat tinggi nilai harganya. Ia dikira bukan sekadar sahnya sahaja, malah dari sudut mabrur dan khusyuk, seterusnya diterima oleh Allah SWT.

Ustaz Pahrol Mohd Juoi mengumpamakan amalan baik atau sesuatu ibadah yang jauh daripada gamitan rahmat-Nya bagai debu berterbangan yang tidak terlihat dan berlalu tanpa diendah kewujudannya.

Begitulah butiran ilmu menerusi Islam Itu Indah minggu lalu di IKIMfm yang mengambil kira kecantikan dan keindahan ibadah perlu kekal sehingga kita bertemu-Nya tanpa terpalit sebarang cacat cela yang mengganggu gugat kemurnian amalan tersebut.

Malang bagi seseorang yang beribadah, tetapi ibadahnya tertolak, malah tidak dipandang oleh Allah SWT akibat dihinggap virus yang bernama riak.

Riak ini termasuk dalam kategori syirik kecil iaitu mensyirikkan Allah dalam ibadah. Umpama sebatang pokok yang masih hidup, tertancap akarnya, tetapi dimamah batang, ranting, malah daunnya. Ia tidak lagi dikenali sebagai pokok, tetapi hanya dipanggil sebagai tunggul.

Sesungguhnya, syirik dalam akidah amat berbahaya akan tetapi syirik dalam ibadah juga berbahaya mengundang murka dan amalan tidak diterima.

Pernah dikisahkan, suatu masa Saidina Umar masuk ke dalam Masjid Nabawi. Dia melihat seorang sahabat Muadz bin Jabal sedang menangis teresak-esak di makam Rasulullah SAW. Saat ditanya sebab tangisannya, Muadz menjawab, "Aku menangis sebab aku takut kepada riak kerana ia sebahagian daripada syirik".

Ibadah tidak bernilai

Ibadah bukan sahaja tidak bernilai jika terpalit riak, malah ia mengundang dosa. Dalam ilmu tasawuf, ilmu berkenaan riak ini wajib dipelajari kerana riak adalah perbuatan amal ibadah yang mengharapkan pujian dan manfaat daripada manusia.

Syaitan sangat kreatif dan konsisten dalam mengajak dan menyesatkan manusia. Jika belum beramal, disuntik rasa malas untuk memulakan. Sedang sudah beramal dihasut untuk tergesa-gesa mengamalkannya. Seterusnya, jika sudah mula khusyuk dan tertib dalam beribadah dimasukkan pula rasa riak di dalam hatinya.

Banyak saluran merealisasikan sifat riak dalam amalan. Contohnya, jika solat dengan niat untuk dikenali dan dilihat sebagai hamba Allah yang abid dan kuat beribadah. Kala membaca al-Quran, suara yang sedap lunak dan elok bacaannya. Menjadi qari yang disanjung, kemudian hanyut dengan pujian. Itu juga riak.

Terkadang riak ini hadir dalam keadaan yang bercampur-baur seperti beribadah kerana Allah, tetapi dalam masa yang sama terselit kemahuan untuk dihargai dan dipandang oleh manusia.

Justeru, sentiasa memohon kepada Allah untuk memberikan petunjuk dan hidayah-Nya agar terhindar daripada tipu daya syaitan yang menyesatkan waimah dengan amal kebaikan.

Ibadah yang membabitkan niat yang bercampur-baur juga tertolak dan jauh daripada pandangan Allah SWT. Oleh itu, cara untuk atasi ibadah terus koyak disebabkan perasaan riak adalah dengan sifat ikhlas.

Kisah mengenai ikhlas

Pernah dikisahkan, seorang anak murid bertanyakan gurunya mengenai ikhlas. Guru itu telah mengajak anak muridnya ke pasar sambil membawa karung guni. Sepanjang perjalanan menuju ke pasar, guru itu meminta anak muridnya memasukkan batu ke dalam karung sehingga penuh karung dengan batu yang besar.

Sesampainya di pasar, mereka berlegar-legar di sekeliling pasar tanpa membeli kerana karung mereka telah penuh dengan batu yang dikutip sepanjang jalan. Seketika kemudian mereka pulang. Sebaik kembali ke tempat tinggal mereka, si murid meletakkan guni yang berisi batu tadi. Dengan keletihan, anak murid meluahkan pertanyaan kepada si guru kaitan perbuatan tersebut dengan pengajian ikhlas yang ingin diajarkan oleh si guru.

Si guru menerangkan, batu itu umpama amalan yang riak, tidak ikhlas. Orang ramai memujinya seperti orang dipasar tadi memuji banyaknya barang yang dibeli saat melihat karung yang dipikul. Sedangkan diri anak murid itu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan, tetapi hanya batu. Begitulah amal yang tidak ikhlas.

Umpama batu hanya berat sahaja yang ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Hasilnya hanyalah penat dan merugikan masa serta tenaga.

Oleh itu, jahit semula hati, iman dan amal supaya tidak koyak kerana riak dan terjahit mati jalan-jalan hasutan syaitan asbab amal yang tidak ikhlas.


Baca Lagi...

Rabu, 20 Mac 2019

10 Sholat Yang Ditolak

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim) 

Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawa : "10 orang sholatnya tidak diterima oleh Allah s.w.t. dan diantaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Barang siapa yang sholatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah s.w.t. dan jauh dari Allah s.w.t." 

Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan sholat. Dan pada hari kiamat nanti sholatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Baca Lagi...

Sabtu, 9 Mac 2019

Mengingat Mati, Meringankan Kesulitan Hidup

By 7:24 PTG No comments
Cukuplah kematian sebagai pelembut hati, pengucur air mata, pemisah dengan keluarga dan sahabat, pemutus angan-angan”
Mengingat kematian, mendampingi orang yang menghadapi sakratul maut, mengantar jenazah, mengingat gelap dan beratnya siksa kuburan nescaya akan membangunkan jiwa kita dari tidurnya, menyedari kelalaiannya, membangkitkan semangatnya, menggelorakan nilai perjuangannya dan mengembalikannya segera kepada Allah.
Allah berfirman: “setiap jiwa pasti akan merasakan kematian
AL Hasan berkata: “kematian telah menelanjangi dunia sehingga tidak menyisakan kegembiraan bagi orang yang berakal”
Orang yang banyak mengingat kematian akan ringan baginya semua kesulitan hidup.
Orang yang banyak mengingat kematian akan dimuliakan dengan tiga hal: segera bertaubat, ketenangan hati dan semangat ibadah.
Suatu hari Ibnu Muthi’ melihat rumahnya, dia terkesima dengan keindahannya lalu dia menangis seraya berkata: “kalau tidak kerana kematian nescaya aku akan gembira denganmu”.
Ibnu Munkadir berkata tentang seseorang yang sering ziarah kubur: “Orang ini menggerakkan hatinya dengan mengingat kematian”
Oleh kerananya Rasulullah selalu mengajak para sahabat untuk memperbanyak mengingat kematian, dengan mengingat mati akan melapangkan dada, menambah ketinggian frekwensi ibadah
Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu berkata: ‘Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:“Perbanyaklah mengingat pemutus kelazatan, iaitu kematian, karena sesungguhnya tidaklah seseorang mengingatnya ketika dalam keadaan kesempitan hidup, melainkan dia akan melapangkannya, dan tidaklah seseorang mengingatnya ketika dalam keadaan lapang, melainkan dia akan menyempitkannya.” (HR. Ibnu HIbban dan dishahihkan oleh Al Bani di dalam kitab Shahih Al Jami’)
Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma pernah berkata, “Aku pernah menghadap Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sebagai orang ke-sepuluh yang datang, lalu salah seorang dari kaum Anshor berdiri seraya berkata, “Wahai Nabi Allah, siapakah manusia yang paling cerdik dan paling tegas?” Beliau menjawab, “(adalah) Mereka yang paling banyak mengingat kematian dan paling siap menghadapinya. Mereka itulah manusia-manusia cerdas; mereka pergi (mati) dengan harga diri dunia dan kemuliaan akhirat.” (HR. Ath-Thabrani, dishahihkan al-Mundziri)

Baca Lagi...

Selasa, 5 Mac 2019

17 Ciri-Ciri Orang Yang Mendapat Hidayah Allah

By 7:57 PTG No comments
1}. Di fahamkan perkara mengenai agama, dapat membezakan mana yang sesuai Al Quran dan Hadis (Sunnah Rasulullah & sunnah Khulafaur Rasyidin).
2}. Mula mencari-cari (haus) kajian ilmu agama, senang menghadiri majlis taklim, senang mendengarkan ceramah agama, senang mempelajari Al Quran dan Hadis.
3}. Melakukan ibadah sholatnya sesuai sifat sholat Nabi dan sunnah-sunnahnya, melaksanakan cara wudhu’nya dan bacaan dzikir selepas sholatnya.
4}. Mula bertanyakan / mencari apa dalil dari suatu ibadah, tidak pernah lagi _Taqlid Buta,_ tidak mahu lagi ikut-ikutan saja.
5}. Mengamalkan bacaan Al Quran dan menambah hafalannya dengan niat menjadi Hafiz/ Hafizah.
6}. Mulai berpenampilan sebagai seorang Mukmin. Bagi lelaki berjanggUt dan berseluar diatas mata kaki (tidak isbal). Bagi wanita memakai Hijab Syar’i.
7}. Selalu sholat fardhu di awal waktu. Bagi laki-laki selalu sholat fardhu berjamaah di Masjid kecuali ada udzur syar’i. Bagi Perempuan sholat fardhu di rumah.
8}. Semakin giat mengerjakan sholat sunnah, terutama sunnah rawatib, tahajud, witir, dhuha.
9}. Menjauhi dan meninggalkan perkara agama yang bid’ah dan syubhat.
10}. Mulai rajin bersedekah walaupun sedikit dan meninggalkan Riba. Bagi laki-laki langsung berhenti merokok. Bagi perempuan langsung meninggalkan Ghibah.
11}. Tidak mengenyangkan perut saat makan minum, khawatir ibadah sholatnya akan terganggu. Mulai mengemari memakan buah kurma dan buah labu, apa pun yang disukai Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasalam.
12}. Seringkali terbangun sendiri di sepertiga akhir malam, Qiyamul Lail.
13}. Mula melakukan sunnah Rasulullah didalam kehidupan sehari-hari, menghafal doa masuk keluar rumah/ masjid/ bilik mandi, doa makan minum/ tidur bangun/ naik kendaraan dsb.
14}. Tidak mau lagi bersalaman dengan orang-orang yang bukan Mahram. Bagi laki-laki menundukkan pandangannya terhadap wanita. Bagi perempuan tidak mengunakan wangian secara yang berlebihan dan membantu kaum lelaki dalam menjaga pandangannya.
15}. Sering mengingati Mati, bertambah melakukan persiapannya. Menanggalkan ilmu tenaga dalamnya dan semua ilmu bantuan dari JIN, hanya hafalan Al Quran dan pengetahuan Hadis pegangannya.
16}. Selalu berbicara diatas kebenaran, menyampaikan yang benar, menjauhi perdebatan dengan orang-orang Jahil/ Bodoh.
17}. Sangat gembira apabila berada di bulan yang penuh berkah iaitu bulan Ramadhan.
Yang mana poin-poinmu saudaraku, hitunglah sendiri di dalam hati kemudian tambahkan/ tingkatkan ketakwaanmu. Tapi, ingat… rahasiakan ketakwaanmu hanya kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Semoga Allah senantiasa memberikan HidayahNya kepada kita semua. Aamiin.

Baca Lagi...