Ahad, 11 Mac 2012

Carilah Cinta Allah S.W.T

carilah cinta Allah s.w.t kerana cinta manusia kadangkala kita keliru, apakah itu cinta dan apakah pula sebuah keinginan semata. Akibat keliru maka kita membiarkan diri menyentuh dan di sentuh walaupun belum halal. Akibat keliru kita membiarkan diri merosak dan di rosakkan...itu sumpah syaitan.

Tidak pernahkah kita merenung ingatan dari Allah sendiri terhadap orang yang mendakwa mereka itu cinta kepadaNYA?

“Katakanlah: Jika sesungguhnya kamu itu mencintai Allah maka ikutlah aku, nescaya kamu juga akan dikasihi oleh Allah, dan akan diampun-Nya kesalahanmu. Dan Allah itu Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Aal Imraan 3: 31)

Di riwiayatkan oleh Muslim di dalam hadis Qudsi
yang bermaksud :
“Di manakah orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanKU pada hari ini, AKU perlindungi mereka di bawah naunganKU pada hari yang tiada lagi naungan kecuali nuangan-KU”

0 ulasan:

Catat Ulasan