Rabu, 20 Februari 2019

5 Hak Al-Quran Yang Perlu Dipenuhi

Hak Al-Quran terhadap diri kita ada 5, antara lain:

1. Haqqu-t Tilawah,

Membaca Al-Quran dengan sebenar-benar bacaan adalah haq Al-Quran. Ia dibaca bukan seperti membaca akbar, majalah dan yang lainnya. Al-Quran punya hak untuk ditadabburi, benar pengucapan makhrojnya, tahu tempat wuquf ketika membacanya. Dan Al-Quran merupakan petunjuk manusia taqwa. Nah, diantara yang memungkinkan dapat menjadi pegangan semua itu antara lain:

- Mempelajari bahasa arab kerana Al-Quran adalah bahasa Arab
- Mempelajari ilmu Tajwidnya kerana Al-Quran bukan bacaan biasa
- Selalu membacanya, kerana Al-Quran adalah petunjuk maka petunjuk tidak akan diketahui kecuali dengan membacanya. 

2. Haqqu-t Tadabbur

Haq Al-Quran yang kedua adalah tadabbur iaitu memahami serta memikirkan setiap ayat dan kalimat yang menjadi keinginannya dan bagaimana pula yang harus kita lakukan setelah kita tahu maksud dan tujuannya. Nah, untuk itu kita perlu kepada kitab-kitab tafsir. kerana kitab Tafsir menjelaskan tentang kandungan dari pemahaman ayat-ayat Al-Qur-an tersebut.

3. Haqqu-l 'Amal

Setelah kita memahami maksud dari bacaan Al-Quran yang kita baca, maka ada haqnya setelah itu iaitu mengamalkannya. Rasulullah yang kita kenal dengan suri tauladan yang paling baik dalam beramal, berakhlak kerana beliau manusia mulia yang mengamalkan isi dari Al-Qur-an tersebut. Sampai ada sahabat yang bertanya kepada ummul mukminin 'Aisyah radiallahu 'anha, bagaimanakah akhlak rasulullah ya 'aisyah? "akhlak beliau adalah al-Quran" jawab sayyidah 'Aisyah. 

4. Haqqu-l Hifzi

Haqqul hifzi ialah bahawa al-quran itu punya haq untuk dihafal oleh setiap muslim. Akan tetapi tidaklah halnya itu berbentuk ilzami (kemestian) akan tetapi menghafalnya sesuai kesanggupan. 

5. Haqqu-t Tabligh

Haq Al-Quran yang kelima ini bahawa Al-Quran itu punya haq untuk kita sampaikan dan ajarkan kepada orang lain ketika kita sudah mengetahui pelajaran yang terdapat didalamnya. Sebagaimana sabda rasulullahi Saw., yang sangat masyhur kita dengar, yang berbunyi:


خيركم من تعلم القرءان وعلمه


"Sebaik-baik orang diantara kalian adalah orang yang mempelajari Al-Quran lalu mengajarkannya". 

والله أعلى وأعلم بالصواب



0 ulasan:

Catat Ulasan