MISI Rasulullah adalah memberi khabar gembira dan peringatan bagi seluruh umat manusia, tanpa terkecuali (QS. Saba’: 28). Oleh kerananya, kita menemui sangat banyak hadith yang berisi khabar gembira seperti jaminan kemenangan Islam dan keindahan syurga atau berisi peringatan seperti pasti hancurnya kebatilan dan kengerian neraka. Sebahagian hadith beliau bahkan memberikan bukti cukup lengkap, sehingga semakin mudah diamalkan.
Di antara hadith yang pernah beliau ungkapkan adalah ciri-ciri calon penghuni neraka. Dalam sebuah hadith panjang yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari ‘Iyadh bin Himar al-Mujasyi’ie, diantaranya beliau menyebutkan sifat lima golongan yang kelak akan menjadi penghuni neraka. Mari kita teliti satu per satu, semoga kita boleh melihat kedalam diri dan menghindarinya.
Pertama, orang lemah yang tidak berakal. Menurut Imam Nawawi dalam Syarah Shahih Muslim, yang dimaksud adalah orang yang tidak memiliki akal yang boleh mencegahnya dari segala sesuatu yang tidak pantas. Dalam Mirqatul Mafatih, Mulla ‘Ali Al-Qari menjelaskan bahawa mereka adalah orang-orang yang tidak punya keinginan selain memenuhi isi perutnya dengan segala cara, tidak perduli halal mahupun haram. Keinginan terbesar mereka tidak pernah berganjak dari tingkatan haiwan ini, baik dalam urusan agama mahupun dunianya. Perkara ini seperti firman Allah:
“Maka berpalinglah engkau (hai Muhammad) dari orang yang berpaling dari peringatan Kami, dan dia tidak mengingini kecuali kehidupan duniawi. Itulah sejauh-jauh pengetahuan mereka. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang paling mengetahui siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dia pulalah yang paling mengetahui siapa yang mendapat petunjuk.” (QS. an-Najm: 30).
Kedua, pengkhianat. Teks hadithnya menjelaskan bahawa orang ini memang tidak nampak nyata sifat khianatnya, namun dia mempunyai keinginan ke arah sana. Jika ada kesempatan, meskipun sangat kecil, niscaya dia akan berkhianat juga. Na’udzu billah. Oleh kerananya, Rasulullah pernah menyatakan bahawa satu diantara tiga tanda orang munafik adalah suka berkhianat. Allah juga pernah menyinggung sifat orang seperti ini dalam firman-Nya:
“Dan janganlah kamu berdebat (untuk membela) orang-orang yang mengkhianati dirinya. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang selalu berkhianat lagi bergelumang dosa. Mereka boleh bersembunyi dari manusia, tetapi mereka tidak boleh bersembunyi dari Allah, dan Allah beserta mereka ketika pada suatu malam mereka menetapkan keputusan rahsia yang Allah tidak redhai. Dan adalah Allah Maha Meliputi (ilmu-Nya) terhadap apa yang mereka kerjakan.” (QS. An-Nisa’: 107-108).
Ketiga, penipu. Dalam hadith itu disebutkan: “Seseorang yang tidak memasuki waktu pagi mahupun petang melainkan ia pasti menipumu, baik dalam urusan hartamu mahupun keluargamu.” Tidak salah lagi, orang ini pasti penipu tulin, tembus dari permukaan kulit sampai tulang sungsumnya! Bayangkan, tidak kira pagi atau petang, pekerjaannya biasanya hanya menipu, menipu, dan menipu, dalam segala hal. Adakah kebaikan yang boleh diharapkan darinya? Apakah Allah bersedia mengasihi dan menghindarkan orang seperti ini dari neraka?
Keempat, pembohong atau orang kikir. Sebagian riwayat menyebut “pembohong”, sedangkan riwayat lainnya menyatakan “orang kikir”. Mana pun dari keduanya yang tepat, sama saja buruknya. Dikatakan dalam sebuah hadith: “Ada tiga hal yang membuat (seseorang) binasa, iaitu sifat kikir yang ditaati, mengikut hawa nafsu dan ketakjubannya pada diri sendiri.” (Riwayat al-Bazzar dan al-Baihaqi, dengan sanad hasan li-ghairihi).
Adapun tentang berbohong, kita sudah diberitahu bahawa ia adalah satu diantara tiga ciri munafik. Padahal, Allah telah menyatakan bahawa orang munafik kelak akan berada di kerak neraka, iaitu yang paling dahsyat siksaannya (QS. an-Nisa’: 145). Na’udzu billah.
Kelima, orang yang berakhlak buruk dan banyak berkata/berbuat keji. Tidak sedikit ayat atau hadith yang menganjurkan akhlak terpuji, dan sebaliknya melarang dari akhlak tercela. Bentuknya boleh bermacam-macam, kerana memang variasinya pun sangat luas. Maka, ketika menggambarkan sifat-sifat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, Anas bin Malik berkata, “Beliau bukanlah orang yang suka mencaci, bukan orang yang suka berkata/berbuat kotor, dan bukan pula orang yang suka melaknat.” (Riwayat Bukhari).
Diceritakan pula bahawa ada seseorang yang mencela Usamah bin Zaid dengan celaan yang sangat buruk. Ketika itulah Usamah berkata, “Sungguh engkau telah menyakitiku. Sungguh aku telah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda bahawasannya Allah membenci orang yang keji dan suka berkata/berbuat keji. Dan sungguh, engkau ini orang yang keji dan suka berkata/berbuat keji.” (Riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban. hadith hasan).
Bila logikanya kita balik, kelima sifat diatas boleh diperjelas oleh hadith yang diceritakan oleh Abu Hurairah: bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah ditanya tentang apa yang paling banyak menyebabkan manusia masuk syurga?
Beliau menjawab, “Ketakwaan dan akhlak yang baik.” (Riwayat al-Hakim. Menurut adz-Dzahabi: hadith shahih). Maksudnya, kelima sifat diatas seluruhnya merupakan kebalikan dari ketakwaan dan akhlak mulia, iaitu: tidak berpegang pada nilai-nilai kebajikan, suka menipu, gemar berkhianat, pembohong, kikir, dan banyak berbuat keji sehingga buahnya pun sebaliknya dari syurga, iaitu neraka. Semoga Allah membimbing kita semua untuk menjauhinya.
Di antara hadith yang pernah beliau ungkapkan adalah ciri-ciri calon penghuni neraka. Dalam sebuah hadith panjang yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari ‘Iyadh bin Himar al-Mujasyi’ie, diantaranya beliau menyebutkan sifat lima golongan yang kelak akan menjadi penghuni neraka. Mari kita teliti satu per satu, semoga kita boleh melihat kedalam diri dan menghindarinya.
Pertama, orang lemah yang tidak berakal. Menurut Imam Nawawi dalam Syarah Shahih Muslim, yang dimaksud adalah orang yang tidak memiliki akal yang boleh mencegahnya dari segala sesuatu yang tidak pantas. Dalam Mirqatul Mafatih, Mulla ‘Ali Al-Qari menjelaskan bahawa mereka adalah orang-orang yang tidak punya keinginan selain memenuhi isi perutnya dengan segala cara, tidak perduli halal mahupun haram. Keinginan terbesar mereka tidak pernah berganjak dari tingkatan haiwan ini, baik dalam urusan agama mahupun dunianya. Perkara ini seperti firman Allah:
ذَلِكَ مَبْلَغُهُم مِّنَ الْعِلْمِ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اهْتَدَى
Kedua, pengkhianat. Teks hadithnya menjelaskan bahawa orang ini memang tidak nampak nyata sifat khianatnya, namun dia mempunyai keinginan ke arah sana. Jika ada kesempatan, meskipun sangat kecil, niscaya dia akan berkhianat juga. Na’udzu billah. Oleh kerananya, Rasulullah pernah menyatakan bahawa satu diantara tiga tanda orang munafik adalah suka berkhianat. Allah juga pernah menyinggung sifat orang seperti ini dalam firman-Nya:
وَلاَ تُجَادِلْ عَنِ الَّذِينَ يَخْتَانُونَ أَنفُسَهُمْ إِنَّ اللّهَ لاَ يُحِبُّ مَن كَانَ خَوَّاناً أَثِيماً
يَسْتَخْفُونَ مِنَ النَّاسِ وَلاَ يَسْتَخْفُونَ مِنَ اللّهِ وَهُوَ مَعَهُمْ إِذْ يُبَيِّتُونَ مَا لاَ يَرْضَى مِنَ الْقَوْلِ وَكَانَ اللّهُ بِمَا يَعْمَلُونَ مُحِيطاً
Ketiga, penipu. Dalam hadith itu disebutkan: “Seseorang yang tidak memasuki waktu pagi mahupun petang melainkan ia pasti menipumu, baik dalam urusan hartamu mahupun keluargamu.” Tidak salah lagi, orang ini pasti penipu tulin, tembus dari permukaan kulit sampai tulang sungsumnya! Bayangkan, tidak kira pagi atau petang, pekerjaannya biasanya hanya menipu, menipu, dan menipu, dalam segala hal. Adakah kebaikan yang boleh diharapkan darinya? Apakah Allah bersedia mengasihi dan menghindarkan orang seperti ini dari neraka?
Keempat, pembohong atau orang kikir. Sebagian riwayat menyebut “pembohong”, sedangkan riwayat lainnya menyatakan “orang kikir”. Mana pun dari keduanya yang tepat, sama saja buruknya. Dikatakan dalam sebuah hadith: “Ada tiga hal yang membuat (seseorang) binasa, iaitu sifat kikir yang ditaati, mengikut hawa nafsu dan ketakjubannya pada diri sendiri.” (Riwayat al-Bazzar dan al-Baihaqi, dengan sanad hasan li-ghairihi).
Adapun tentang berbohong, kita sudah diberitahu bahawa ia adalah satu diantara tiga ciri munafik. Padahal, Allah telah menyatakan bahawa orang munafik kelak akan berada di kerak neraka, iaitu yang paling dahsyat siksaannya (QS. an-Nisa’: 145). Na’udzu billah.
Kelima, orang yang berakhlak buruk dan banyak berkata/berbuat keji. Tidak sedikit ayat atau hadith yang menganjurkan akhlak terpuji, dan sebaliknya melarang dari akhlak tercela. Bentuknya boleh bermacam-macam, kerana memang variasinya pun sangat luas. Maka, ketika menggambarkan sifat-sifat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, Anas bin Malik berkata, “Beliau bukanlah orang yang suka mencaci, bukan orang yang suka berkata/berbuat kotor, dan bukan pula orang yang suka melaknat.” (Riwayat Bukhari).
Diceritakan pula bahawa ada seseorang yang mencela Usamah bin Zaid dengan celaan yang sangat buruk. Ketika itulah Usamah berkata, “Sungguh engkau telah menyakitiku. Sungguh aku telah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda bahawasannya Allah membenci orang yang keji dan suka berkata/berbuat keji. Dan sungguh, engkau ini orang yang keji dan suka berkata/berbuat keji.” (Riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban. hadith hasan).
Bila logikanya kita balik, kelima sifat diatas boleh diperjelas oleh hadith yang diceritakan oleh Abu Hurairah: bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah ditanya tentang apa yang paling banyak menyebabkan manusia masuk syurga?
Beliau menjawab, “Ketakwaan dan akhlak yang baik.” (Riwayat al-Hakim. Menurut adz-Dzahabi: hadith shahih). Maksudnya, kelima sifat diatas seluruhnya merupakan kebalikan dari ketakwaan dan akhlak mulia, iaitu: tidak berpegang pada nilai-nilai kebajikan, suka menipu, gemar berkhianat, pembohong, kikir, dan banyak berbuat keji sehingga buahnya pun sebaliknya dari syurga, iaitu neraka. Semoga Allah membimbing kita semua untuk menjauhinya.
0 ulasan:
Catat Ulasan