Sabtu, 2 Mei 2020

Kisah Keajaiban Sedekah

Diriwayatkan suatu hari ada seorang pengemis mengetuk pintu rumah Rasulullah Sholallahu 'Alaihi Wasallam..

Pengemis itu berkata : " Saya pengemis ingin meminta sedekah dari Rasulullah."

Rasulullah bersabda: " Wahai Aisyah berikan baju itu kepada pengemis itu".

Sayyidah Aisyah pun melaksanakan perintah Nabi..

Dengan hati yang sangat gembira, pengemis itu menerima pemberian beliau, dan langsung pergi ke pasar serta berseru di keramaian orang di pasar :
" Siapa yang mau membeli baju Rasulullah ? ".

Maka dengan cepat berkumpullah orang-orang, dan semua ingin membelinya.

Kemudian ada seorang kaya namun buta yang mendengar seruan tersebut, lalu menyuruh budaknya agar membelinya dengan harga berapa pun yang diminta, dan ia berkata kepada budaknya :
 “ jika kamu berhasil mendapatkannya, maka kamu merdeka ”.

Akhirnya budak itupun berhasil mendapatkannya. Kemudian diserahkanlah baju itu pada tuannya yang buta tadi.

Alangkah gembiranya si buta tersebut, dengan memegang baju Rasulullah itu, orang buta tersebut kemudian berdoa dan berkata :
“ Yaa Rabb dengan hak Rasulullah dan berkat baju yg suci ini, kembalikanlah pandanganku.."

Masyaa Allah..
dengan izin Allah, spontan orang tersebut dapat melihat kembali.

Keesokan harinya, iapun pergi menghadap Rasulullah dengan penuh gembira dan berkata : " Wahai Rasulullah.. pandanganku sudah kembali dan aku kembalikan baju anda sebagai hadiah dariku.."

Sebelumnya orang itu menceritakan kejadiannya sehingga Rasulullah pun tertawa hingga nampak gigi gerahamnya, padahal biasanya Rasulullah jarang sekali tertawa..

Kemudian Rasulullah bersabda kepada Sayyidah Aisyah : " Perhatikanlah baju itu wahai Aisyah, dengan izin dan berkahNya, ia telah mengkayakan orang yang miskin, menyembuhkan yang buta, memerdekakan budak dan kembali lagi kepada kita."

Masya Allah..

Al-Imam As-Suyuti menyebutkan dalam salah satu kitabnya bahawa pahala sedekah itu ada 5 macam :


أَنَّ ثَوَابَ الصَّدَقَةِ خَمْسَةُ أَنْوَاعٍ :  وَاحِدَةٌ بِعَشْرَةٍ وَهِيَ عَلَى صَحِيْحِ الْجِسْمِ ، وَوَاحِدَةٌ بِتِسْعِيْنَ وَهِيَ عَلَى الْأَعْمَى وَالْمُبْتَلَى ، وَوَاحِدَةٌ بِتِسْعِمِائَةٍ وَهِيَ عَلَى ذِي قَرَابَةٍ مُحْتَاجٍ ، وَوَاحِدَةٌ بِمِائَةِ أَلْفٍ وَهِيَ عَلَى الْأَبَوَيْنِ ، وَوَاحِدَةٌ بِتِسْعِمِائَةِ أَلْفٍ وَهِيَ عَلَى عَالِمٍ أَوْ فَقِيْهٍ اهـ

(كتاب بغية المسترشدين)

" Sesungguhnya pahala bersedekah itu ada lima kategori :"

1) Satu di balas sepuluh (1:10) iaitu bersedekah kepada orang yang sihat jasmani.

2) Satu di balas sembilan puluh (1:90) iaitu bersedekah terhadap orang buta, orang cacat atau tertimpa musibah, termasuk anak yatim dan piatu.

3) Satu di balas sembilan ratus (1:900) iaitu bersedekah kepada kerabat yang sangat memerlukan.

4) Satu di balas seratus ribu (1: 100,000) iaitu sedekah kepada kedua orang tua.

5) Satu di balas sembilan ratus ribu (1 : 900,000) iaitu bersedekah kepada orang yang alim atau ahli fiqih.

Kitab Bughyatul Musytarsyidin.


سبحانالله...
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﷺ

Semoga kita dapat mengamalkan apalagi dibulan  penuh berkah dan dilipatgandakan amal kebaikan.

Semoga bermanfaat..

Allahu..

Shollu alaihi..

Baca Lagi...

Jumaat, 1 Mei 2020

Ikhlas Jauh Daripada Sifat Riyak

Dr Nurkhamimi Zainuddin

Adakah sama kualiti ibadat kita ketika bersendirian dan ketika berada di hadapan orang? Mohonlah petunjuk dan bimbingan daripada Allah SWT supaya kita termasuk dalam golongan beriman dan beramal dengan penuh keikhlasan.

Ikhlas bermaksud melakukan sesuatu amalan atau kebajikan untuk mendapat reda Allah SWT semata-mata. Sifat itu menjadi syarat Allah SWT menerima ibadat yang kita lakukan.

Untuk mendapatkan keikhlasan memerlukan hati yang bersih. Antaranya, memperbanyakkan zikir; mengingatkan diri tentang keikhlasan, tidak bergantung kepada makhluk, mengagungkan Allah SWT dan istiqamah melakukan ibadat.

Amalan yang dilihat besar nilainya di mata manusia belum tentu mempunyai nilai di sisi Allah SWT, tanpa keikhlasan.

Imam al-Ghazali menyatakan dalam kitab Ihya’ ‘Ulum al-Din; “Setiap manusia akan binasa kecuali orang yang berilmu, dan orang yang berilmu akan binasa kecuali yang beramal dengan ilmunya, dan orang yang beramal juga binasa kecuali yang ikhlas dalam amalannya.”

Ikhlas itu letaknya di hati. Ia menjadi dasar penilaian Allah SWT terhadap amalan hamba-hamba-Nya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat kepada rupa dan harta kamu, tetapi Allah SWT melihat kepada hati dan amalan kamu."

Ikhlas menjadi keutamaan dan kunci ketaatan seorang mukmin kerana:

1. Ikhlas adalah perintah daripada Allah SWT. Firman-Nya dalam Surah az-Zumar, ayat 11 bermaksud: Katakanlah lagi wahai Muhammad: “Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah SWT dengan mengikhlaskan segala ibadat kepada-Nya.”

2. Ikhlas menjadi syarat ibadat diterima Allah SWT. Firman-Nya dalam Surah Ghafir, ayat 14 bermaksud: “Oleh itu, maka sembahlah Allah SWT dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, sekalipun orang kafir tidak menyukai amalan kamu itu.”

3. Ikhlas adalah tanda keimanan yang memberikan ketenangan. Allah SWT berfirman dalam Surah al-Fath, ayat 18 bermaksud: “Demi sesungguhnya! Allah SWT reda akan orang yang beriman, ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (Wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang termaklum di Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia diketahui-Nya tentang (kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam hati mereka, lalu Dia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka, dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya.”

4. Ikhlas menjauhkan daripada sifat riyak (menunjuk-nunjuk). Hati orang yang ikhlas tidak menunjuk-nunjuk ketika melakukan kebaikan.

5. Ikhlas menjauhkan sifat munafik. Hati yang ikhlas melahirkan akhlak yang sebenar.

Bagaimanapun, kebanyakan kita meremehkan sifat ikhlas. Kemungkinan ia sangat sulit dilakukan kerana untuk bersikap ikhlas, seseorang perlu menyingkirkan sifat angkuh dalam dirinya.

Begitu juga dengan sifat riyak. Seorang Muslim yang mampu menjalani ibadat dengan ikhlas dijanjikan pelbagai keutamaan oleh Allah SWT.

Beberapa tanda keikhlasan dapat dilihat jika seseorang merasa takut melanggar perintah Allah SWT atau dia melakukan sesuatu kebajikan secara diam tanpa menghebahkan kepada orang lain.

Penulis Dekan, Fakulti Pengajian Bahasa Utama Universiti Sains Islam Malaysia

Baca Lagi...