Selasa, 22 Mei 2012

Orang yang paling SEDIH



Orang yang paling SEDIH adalah, Apabila dia berfikir : fikir buruk pasal orang lain. Apabila dia bercakap : bercakap buruk pasal orang lain. Apabila dia ketawa : ketawa kerana kejelikan orang lain. Apabila dia gembira : gembira melihat kejatuhan orang lain. Apabila dia bersuara : suka menjatuhkan maruah orang lain. Dan, apabila ditegur, dia tidak pernah nampak salahnya kecuali menganggap dirinya mangsa dan meminta sokongan dari sekutunya..Di dalam Jami’ Tirmidzi juga terdapat riwayat marfu’ :
"Janganlah kamu menampakkan kegembiraan terhadap kejelekan (kesusahan) orang lain, karena boleh jadi Allah akan menyayangi dia dan mengujimu."
"Tidak ada satupun hati kecuali ia berada di antara dua juari dari jari-jemari Allah Azza wa Jalla; jika Ia hendak meluruskannya maka diluruskan-Nya, dan jika Ia hendak membelokkannya maka dibengkokkan-Nya."
Naudzubillah !! Semoga kita bukan dikalangan manusia yang musyrik yang asyik memikirkan salah orang lain tapi tidak pernah melihat kesalahan sendiri walaupun 100 kali cermin diri di cermin... sama-sama kita mujahadah.

0 ulasan:

Catat Ulasan