ROSAKNYA MASYARAKAT, SIAPAKAH SEBENARNYA YANG MESTI DIPERSALAHKAN ???.Keruntuhan ahlak masyarkat dewasa ini semakin menjadi-jadi .saban hari kita disajikan dengan berita-berita mengenainya, ada yang menyebabkan kita marah, bersedih dan kadang-kadang memualkan perasaan. Di sana sini terjadinya gejala sosial seperti pergaulan bebas,pelacuran,gejala gay,lesbian dan bisexual,rogol,cabul,ketagihan
Apabila perkara ini disentuh, para pemimpin dan ulama dengan gahnya menuding jari kepada ibubapa dan berkata ibubapalah yang bersalah dan punca permasalahan ini kerana gagal mendidik anak-anak mereka sendiri.
Malah ulama dan pemimpin secara terang-terangan mengaibkan golongan yang melakukan maksiat ini dengan melabelkan mereka sebagai sampah masyarakat,tidak cukup dengan itu mereka mengujudkan agensi-agensi kerajaan khususnya pejabat-pejabat agama untuk mengintip dan menangkap orang yang melakukan perkara-perkara maksiat ini. Walaupun perkara itu dilakukan di luar pengetahuan awam kerana dilakukan di rumah-rumah atau di hotel-hotel dan bukannya di khalayak ramai tetapi mereka telah menyebarkannya di media-media dengan tujuan untuk memalukan mereka atas alasan sebagai pengajaran.
Anehnya , kemungkaran seperti ini dilakonkan dan ditayangkan dalam drama-drama dan filem. Adegan lakonan yang tidak senonoh melibatkan pasangan bukan suami isteri,gay,lesbian,transexual,
Anehnya apabila ada golongan yang mengamalkan tarekat dan tasauf yang berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dihina dengan tohmahan sesat dan salah malahan ditangkap dan dibicarakan.
Persoalannya sekarang, siapakah sebenarnya yang menyebabkan rosaknya masyarakat ini, jawabannya adalah ulama dan pemimpin! Ini telah dijelaskan dan diberitahu oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadis : “dua golongan dari umat ku apabila rosak maka rosaklah masyarakat apabila baik maka baiklah masyarakat iaitu ulama dan pemimpin “ HR Abu Naim.
Maka jelaslah bahawa baik rosaknya masyarakat itu adalah disebabkan oleh ulama dan pemimpin kerana mereka lah sebenarnya yang dipertanggung jawab untuk mendidik masyrakat. Apabila mereka gagal melaksakan tugas ini maka masyarkat menjadi rosak lantaran ahlak mereka menjadi rapuh dan mudah sekali diracuni oleh godaan nafsu dan syaitan.
Kesimpulannya, jelaslah kerosakan masyarakat hari ini adalah disebabkan oleh para ulama dan Pemimpin kerana telah gagal dalam melaksanakan tugas mereka dalam mendidik masyarakat. Sunggguhpun mereka mendakwa telah melaksanakan tanggung jawab mendidik itu dengan berbagai program-program keagamaan seperti ceramah, forum perdana,kursus,latihan,seminar
Justeru itu kepada siapakah kita boleh mengharapkan dan mengandalkan tanggung jawab yang besar ini untuk membetulkan keadaan.?? siapakah yang mampu untuk mendidik dan membawa kembali masyarakat yang telah jauh terpesong dari jalan kebenaran ini??. siapakah yang akan tampil untuk mengambil alih tugas yang gagal dilaksanakan oleh para ulama dan pemimpin ini untuk membawa masyarakat kembali ke pangkal jalan dan menyelamatkan mereka di dunia dan akhirat.??
0 ulasan:
Catat Ulasan