Khamis, 24 Mei 2012

Setiap hamba ALLAH

AMALAN SETIAP HAMBA ALLAH SWT DITAPIS MALAIKAT PENJAGA AMALAN SEHINGGA LANGIT KE TUJUH.

Sahabat saudaraku yang dikasihi Allah SWT
Dalam menempuh sesuatu atau melakukan sesuatu ke arah yang dicita-citakan, hendaklah dilakukan dengan penuh keikhlasan. Allah berFirman (di dalam hadith Qudsi) : “Ikhlas itu merupakan sebuah rahsia-rahsia-Ku yang Aku berikan kepada hamba-Ku yang Aku kasihi".

Allah SWT tidak menerima amalan kita, jika amalan itu tidak dikerjakan ikhlas semata-mata kerana Allah SWT. Hakikatnya semua amalan kita akan diteliti, ditapis oleh Allah SWT sehingga langit yang ke tujuh sebelum sampai kepada-Nya. Maka marilah kita berusaha bersungguh-sungguh menjaga niat serta keikhlasan hati kita dalam beribadah dan melakukan apa saja kebajikan, hanyalah kerana-Nya, untuk-Nya.

Dan jagalah agar diri kita tidak tertipu dengan amalan kita sendiri kerana dosa-dosa yang kita lakukan dan segala amalan kita menjadi sia-sia semata...lantaran amalan kita tidak berpahala di sisi Allah SWT.

Di waktu Mu’adz sedang membonceng di belakang Rasulullah s.a.w. di atas kenderaannya, tiba-tiba Rasulullah s.a.w melihat ke langit dan bersabda : 

“Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menjadikan tujuh Malaikat sebelum menjadikan langit dan bumi. Untuk tiap langit ada satu Malaikat dan tiap pintu ada penjaganya dari mereka. Maka Malaikat yang mencatat amal, mencatat amal hamba Allah dari pagi sampai petang. Kemudian di bawa ke langit bercahaya bagaikan matahari hingga sampai ke langit dunia, dengan perkiraan yang cukup baik dan banyak. Tiba-tiba malaikat penjaga langit pertama berkata :

“Berhentilah dan lemparkan ke muka orangnya, dan katakan padanya : Semoga Allah tidak mengampuni padamu, saya Malaikat penjaga amalan pengumpat, sedang dia selalu mengumpat orang-orang muslimin. Kerana itu saya tidak mengizinkan ia melepasi.

Kemudian, ada satu Malaikat hafadhah yang lainnya, membawa naik amal seorang hamba yang bercahaya terang sampai ke langit yang kedua. Tiba-tiba Malaikat penjaga pintu berkata :

“Berhentilah dan lemparkan ke muka orangnya dan katakana padanya : Allah tidak mengampunkan baginya. Ia beramal untuk mencari kemewahan di dunia. Saya Malaikat penjaga amalan yang bercampur urusan dunia. Amalan itu tidak boleh melepasi dari tempatku”.

Kemudian naiklah Malaikat yang membawa amalan hamba yang berhias dengan sedekah dan solat, sehingga kagum Malaikat hafadhah, dan sampai ke langit yang ketiga, tiba-tiba Malaikat penjaga pintunya berkata :

“Berhentilah dan lemparkan amalan itu ke muka orangnya dan katakan kepadanya : Allah tidak mengampunkan baginya. Saya Malaikat penjaga amalan bercampur dengan dengan sombong dan tiap orang yang beramal tetapi menyombongi orang di majlis-majlis mereka, maka Tuhan telah menyuruh aku menahan amal itu daripada melepasi langit yang lebih tinggi. 

Kemudian Malaikat Hafadhah membawa amal orang yang berkilau bagaikan bintang kerana tasbih dan puasanya. Ketika sampai ke langit ke empat, tiba-tiba Malaikat penjaga Pintunya berkata :

“Berhentilah dan lemparkan amalan itu ke muka orangnya dan katakan kepadanya : “Allah tidak mengampunkan baginya, saya Malaikat penjaga amalan dari Ujub (bangga diri), maka Tuhan telah memerintahkan aku supaya menahan amalan itu dari naik ke atas” Lalu dilemparkan amal itu kembali ke muka orangnya dan disertai kutukan dan laknat selama tiga hari.

Kemudian datang Malaikat hafadhah yang lain, membawa amalan hamba yang dihantar oleh Malaikat bagikan Pengantin lelaki yang dihantar kepada Isterinya, lau sampai ke langit ke lima…penuh dengan jihad dan solat. Tiba-tiba Malaikat penjaga Pintu berkata :

“Berhentilah dan lemparkan ke muka orangnya dan pikulkan ke atas bahunya. Dia dahulu menghasud orang belajar dan beramal kerana Allah s.w.t. maka ia hasad dengki terhadap mereka dan selalu mencaci mereka”. Lalu dipikulkan di atas bahunya sambil dilaknat selama hidupnya.

Kemudian datang Malaikat hafadhah dan membawa amal hamba yang dilengkapi dengan wudhuk dan solat malam yang banyak, maka ketika sampai ke langit ke enam, tiba-tiba Malaikat Penjaga Pintu berkata :

“Berhentilah dan lemparkan ke muka orangnya. Saya Malaikat Penjaga Amal Bahagian Rahmat. Dia tidak mempunyai perasaan Rahmat terhadap sesiapa pun. Bahkan, bila dia melihat orang yang terjerumus dalam dosa atau bahaya, diejek dan dicemuhkan. Tuhan memerintahkan aku supaya menahan amalan dari naik ke atas.

Kemudian datang Malaikat hafadhah yang lain membawa amal hamba yang diliputi kejujuran, kerajinan dan warak bercahaya bagaikan kilat. Ketika sampai ke langit ke tujuh, tiba-tiba Malaikat penjaga Pintu berkata :

“Berhentilah, dan lemparkan ke muka orangnya dan tutuplah Hatinya. Saya Malaikat bahagian hijab, menutup jalan amal bukan kerana Allah s.w.t.. Dia hanya inginkan kedudukan dan nama di majlis dan kota-kota. Tuhan memerintahkan aku supaya menahan amal itu dari naik”.

Kemudian datang Malaikat hafadah yang lain, membawa amal hamba yang berhias dengan Akhlak, diam dan zikir yang banyak. Dihantar oleh Malaikat hingga sampai ke bawah Arasy, lalu mereka bersaksi atas semua amal itu. Tiba-tiba Allah s.w.t. berfirman : 

“KAMU MENCATAT AMAL HAMBA-KU, SEDANG AKU MENGAWASI HATINYA. DIA TIDAK BERAMAL UNTUK KEREDHAAN-KU. DIA BERAMAL UNTUK SELAIN-KU, MAKA DIA MENDAPAT LAKNAT-KU”.

Lalu semua Malaikat berkata : “Selayaknya dia mendapat laknat-Mu dan laknat kami”. Lalu penduduk langit berkata : “ IA MENDAPAT LAKNAT ALLAH S.W.T. DAN LAKNAT TUJUH PETALA LANGIT DAN BUMI DAN LAKNAT KAMI”.

Mendengar cerita itu, Mu’aaz menangis dan bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Ya Rasulullah, apakah yang harus aku perbuat ?”. Jawab Nabi s.a.w. :

“HAI MU’AAZ, IKUTLAH JEJAK LANGKAH NABIMU, DAN TEGUHKANLAH KEYAKINANMU MESKIPUN AMALMU KURANG, HENTIKANLAH LIDAHMU DARI MEMBICARAKAN HAL SAUDARAMU, SELALULAH INGAT AKAN DOSA-DOSAMU DAN JANGAN KAMU TANGGUNGKAN DOSA ITU PADA ORANG LAIN. (IAITU JIKA KAMU BERSALAH, JANGAN MENUDUH ORANG LAIN DAN JANGAN MEMUJI-MUJI DIRIMU DENGAN MENJELEKKAN ORANG LAIN, DAN JANGAN SOMBONG DIRI DENGAN MERENDAHRENDAHKAN SAUDARAMU, DAN JANGAN BERAMAL UNTUK DILIHAT DIPUJI ORANG)”. 

Semoga perkongsian ini menjadi panduan dan ikhtibar buat diri ini dan sahabat yang dikasihi Allah s.w.t. sekelian…..(Sumber : Buku Takut dan Harap : Jalan Menuju Redha Allah).

0 ulasan:

Catat Ulasan