Ahad, 20 Mei 2012

Bergantung pd sape kite



Adakalanya jika kita ditimpa sesuatu kemudharatan, 
kita sering kali menyatakan bahawa ini merupakan ujian Allah,
Ya, mungkin juga merupakan ujian, 
namun boleh jadi juga ia adalah tanda kemurkaan Allah kepada kita..
kerana perkara itu sebenarnya bergantung kepada niat dan amal masing-masing..



Sebenarnya yang menentukan bencana itu adalah amalan seseorang,

misalnya jika Allah timpakan bencana di satu kampung atau di satu negeri yang terdapat didalamnya orang yang beriman serta orang yang kafir,

maka bagi orang yang beriman,
bencana tersebut datang merupakan UJIAN dari Allah,
serta jika orang mukmin itu bersabar atas ketetapan Allah,
Maka Allah akan melipatgandakan ganjaran pahala yang besar untuknya..

Namun bencana yang sama yang di timpakan kepada orang yang kafir dan zalim,
itu bukanlah ujian melainkan adalah bentuk AZAB yang datang dari Allah..
Dan mereka tidak mendapat apa-apapun dari disisi Allah dengan azab itu dan di akhirat kelak mereka termasuk orang yang sangat rugi..

0 ulasan:

Catat Ulasan